Berita

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1 KE DAERAH BERA

editor

BERA, 28 OKTOBER 2021 - Lawatan Kerja YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 ke Daerah Bera telah diadakan pada 28 Oktober 2021.

YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 tiba di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera pada jam 10.30 pagi bagi sesi Taklimat Pencapaian Program Vaksinasi COVID-19 Daerah Bera. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Azuwa bin Haji Arif, Pegawai Kesihatan Daerah Bera.

Lawatan kerja diteruskan ke SJKC Triang 2 dan SK Tembangau 3 bagi melihat perjalanan pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 tahun di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkesempatan memberikan suntikan vaksin kepada beberapa orang pelajar semasa sesi lawatan kerja ini.

Turut hadir bagi lawatan kerja ini YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan Dr. Husnina binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 1.30 tengahari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 11 kali.


Kembali ke Atas