Berita
Lawatan Menteri Kanan Pertahanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Di Daerah Bera
BERA, 9 JANUARI 2021 - Lawatan Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera telah berlangsung pada 9 Januari 2021 jam 11.30 pagi bermula dari PPS Bukit Gemuruh. Kemudian YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS di Batu Bor dan PPS Masjid Kuala Bera dengan menaiki bot. YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS SK Kerayong, SK Kerayong Jaya dan SMK Bandar Kerayong.
Lawatan YB Menteri diiringi oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera, Tuan Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar dan turut diiringi oleh Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera.
Lawatan berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan berakhir sekitar jam 6.30 petang.
Kembali ke Atas