Berita

Lawatan Pegawai Daerah Bera Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera

editor

BERA, 24 DISEMBER 2021 - Lawatan YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera pada 24 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi. Lawatan ini bertujuan untuk menziarah mangsa-mangsa banjir di PPS dan mendapatkan maklum balas berkaitan isu atau kekangan yang berlaku di PPS.

YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat bergerak dari Pangkalan Hadapan Bot di Waterfront Bera menaiki bot menuju ke PPS Surau Kg. Puchong, Batu Bor.
Lawatan ini diteruskan ke PPS Surau Kg. Baru Puchong, PPS Masjid Kg. Jelam dan PPS Sekolah Tahfiz al-Ridha.

YH Dato' turut berkesempatan menziarah penduduk yang terputus hubungan di kawasan Seberang Jelam bagi mendapatkan maklum balas isu yang dihadapi oleh penduduk di sana.

Turut serta bagi lawatan ini adalah Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Pegawai Memerintah Rejimen Ke-34 Askar Diraja Kem Bera, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera, dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 111 kali.


Kembali ke Atas