Berita
Lawatan Sekatan Jalan Raya (SJR) Di Daerah Bera
Bera, 20 Julai 2021 - Sempena Hari Raya Aidiladha kali ini, YH. Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera telah melawat Sekatan Jalan Raya di sekitar Daerah Bera. Semasa lawatan tersebut, YH. Dato’ Pegawai Daerah telah menyerahkan juadah Hari Raya sebagai tanda menghargai pengorbanan semua frontliners. Beliau juga telah menyerahkan sumbangan bantuan bakul makanan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) kepada wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk diagihkan kepada penerima yang berkenaan. Turut hadir pada lawatan kali ini ialah Ketua Polis Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera dan Pegawai Pertahanan Awam Malaysia. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh kita mendapat tempat di sisiNya.
Kembali ke Atas