Berita

Lawatan Tempat Kebakaran Di Penempatan Orang Asli Kg. Gakuyah, Jalan Bera Selatan 4

editor

BERA, 16 Mac 2021 - Lawatan tempat kejadian kebakaran di penempatan Orang Asli Kg. Gakuyah, Jalan Bera Selatan 4 oleh YB Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Kejadian kebakaran berlaku pada 16 Mac 2021 jam 7.00 pagi melibatkan 2 buah rumah dengan bilangan mangsa seramai 6 orang.

YB Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin telah menyampaikan sumbangan Tabung Malapetaka Daerah kepada mangsa dan pihak JKM Daerah Bera telah memberi bantuan keperluan asas seperti toto, selimut, tikar, dan kit bencana.

Lawatan turut dihadiri oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Encik Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Pegawai JKM Daerah Bera, Pegawai JAKOA Daerah Bera, dan Batin Kg. Gakuyah

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 131 kali.


Kembali ke Atas