Berita

LAWATAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG (PENGURUSAN) KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) COVID-19 DAERAH BERA

editor

BERA, 09 Ogos 2021 - Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH Dato' Dr Mohd Zakaria bin Ibrahim ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Bera pada 09 Ogos 2021 jam 3.00 petang di PPV Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Beliau telah melihat perjalanan pemberian vaksin kepada penerima bermula daripada proses pendaftaran sehingga pemberian kad imunisasi kepada penerima vaksin.

Lawatan turut diiringi oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato' Abdul Aziz bin Haji Salleh, Pengerusi CITF Pahang, Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (T), dan Puan Nurul Intan Suraya binti Aminuddin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 134 kali.


Kembali ke Atas