Berita
Lawatan Turun Padang Pegawai Daerah Bera Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera
BERA, 22 DISEMBER 2021 - Lawatan YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera pada 22 Disember 2021 bermula jam 2.30 petang. Lawatan ini bertujuan bagi melihat pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara serta mendapatkan maklumbalas daripada mangsa-mangsa banjir berkenaan keperluan- keperluan semasa.
YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat bergerak dari Pangkalan Hadapan Bot di Bera Waterfront menaiki bot menuju ke PPS Masjid Kg. Jelam. YH Dato' berkesempatan menyampaikan bantuan banjir kepada Ketua Isi Rumah di PPS yang terlibat.
Lawatan ini diteruskan ke PPS SMA Ittifaqiyah Guai, PPS Masjid Kuala Bera, PPS Sekolah Kebangsaan Batu Papan dan PPS Seberang Guai.
Jumlah PPS di daerah Bera yang telah dibuka sehingga 22 Disember 2021 jam 5.00 petang adalah sebanyak 19 buah PPS dengan jumlah mangsa seramai 2043 orang daripada 582 keluarga.
Turut serta bagi lawatan ini adalah Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera, Jurutera Daerah JPS Bera, dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera.
Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Kembali ke Atas