Berita
Lawatan YAB Menteri Besar Pahang Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Bera
BERA, 08 Jun 2021 – YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada jam 11.00 pagi.
YAB Menteri Besar Pahang telah melihat perjalanan pemberian vaksin COVID-19 Fasa 2 di daerah Bera bermula daripada proses pendaftaran penerima vaksin, sesi taklimat, pemberian vaksin sehingga penyerahan kad imunisasi.
Lawatan turut diiringi oleh YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan YB Dato’ Mohd Fadil bin Osman, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan.
Selesai lawatan di PPV Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera, YAB Menteri Besar Pahang berkesempatan untuk menyampaikan agihan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19 bagi golongan penjaja di perkarangan Majlis Daerah Bera
Agihan bantuan ini telah dilaksanakan secara pandu lalu di perkarangan Majlis Daerah Bera berdasarkan temujanji.
Agihan bantuan telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
Kembali ke Atas