Berita

Majlis Agihan Bantuan Prihatin Pahang Murid Darjah 1 Tahun 2021

editor

BERA, 05 April 2021 - Majlis Agihan Bantuan Prihatin Pahang Murid Darjah 1 Tahun 2021 telah berlangsung pada 05 April 2021 bermula jam 9.00 pagi bertempat di enam buah lokasi iaitu di Balai Raya Kampung Charuk Putting, Dewan Orang Ramai Durian Tawar, Dewan Orang Ramai Batu Papan, Balai Raya Bohor Baru, Balai Raya Felda Kepayang dan Dewan Orang Ramai Felda Mayam.

Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada ibu bapa atau penjaga bagi murid Darjah 1 Tahun 2021 di mana YAB Menteri Besar Pahang telah melancarkan program Bantuan Prihatin Pahang sebahagian daripada inisiatif di bawah B.P.P 2021. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai.
Majlis ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Guai dengan kerjasama antara Kelab Fasilitator Komuniti Bera, Kelab Media Baru Bera, Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Bera.

Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 149 kali.


Kembali ke Atas