Berita

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020

editor

BERA, 18 NOVEMBER 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah berlangsung pada 18 November 2020 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.

Majlis ini diadakan untuk menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2019. Majlis ini juga meraikan kakitangan yang telah bersara dan kakitangan yang telah bertukar keluar pada tahun 2020.
Seramai 9 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2019.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, kakitangan yang bersara, kakitangan yang bertukar serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Majlis berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 209 kali.


Kembali ke Atas