Berita

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Dan Majlis Apresiasi 2023 Pejabat Daerah Dan Tanah Bera

editor

BERA, 15 MAC 2023 -  Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Majlis Apresiasi 2023 Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu) jam 8.00 malam di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Bera.

Majlis ini diadakan bagi menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan pada tahun 2022. Seramai 10 orang kakitangan telah menerima anugerah ini dan diucapkan tahniah kepada semua penerima. 

YH. Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera juga telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh bagi tahun 2022 yang mana anugerah ini merupakan anugerah khas yang diberikan oleh Pegawai Daerah Bera kepada 10 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Majlis ini turut meraikan kakitangan yang telah bertukar keluar pada tahun 2022 dan 2023 iaitu seramai 13 orang.  

Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 131 kali.


Kembali ke Atas