Berita
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021 (PENILAIAN TAHUN 2020) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BERA SECARA DALAM TALIAN
BERA, 9 September 2021 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 (Penilaian Tahun 2020) Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah diadakan pada 9 September 2021 jam 11.00 pagi secara dalam talian.
Majlis ini diadakan untuk meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera yang telah mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.
YH Dato' Zaman Azam bin Mohamad Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera telah menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 9 orang penerima.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020. Semoga terus maju dan cemerlang dalam kerjaya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 174 kali.
Kembali ke Atas