Berita

MAJLIS BICARA HIJRAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH BERA TAHUN 2021M/ 1443H

editor

BERA, 24 SEPTEMBER 2021 – Majlis Bicara Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Bera Tahun 2021M/ 1443H telah dilaksanakan di Masjid Darul Fikri, Daerah Bera bermula jam 7.00 malam.

Bicara Hijrah bertajuk 'Ubah @ Rebah' telah disampaikan oleh YH Ustaz Dato Haji Badli Shah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan secara atas talian.

Majlis telah dihadiri oleh Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, wakil Pegawai Daerah Bera, Al-Fadhil Tuan Mohd Azizi bin Abdul Aziz, Qadhi Daerah Bera serta para jemaah masjid.

Majlis diakhiri dengan beberapa Penyampaian Anugerah iaitu Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Khas dan Anugerah Masjid Contoh SOP Terbaik yang telah disampaikan oleh Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar diiringi Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 134 kali.


Kembali ke Atas