Berita
MAJLIS DIALOG ISU PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DUN GUAI ANJURAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
BERA, 04 OKTOBER 2021 - Majlis Dialog Isu Perkhidmatan Komunikasi Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Guai anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan pada 4 Oktober 2021 jam 11.00 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Papan, Bera.
Majlis dialog ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai dengan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan YH Dato' Haji Tahzir bin Husain, wakil Pejabat Ahli Parlimen Bera.
Ahli-ahli panel bagi sesi dialog ini terdiri daripada lima orang wakil syarikat telekomunikasi iaitu TM, CELCOM, MAXIS, DIGI dan UMOBILE.
Majlis dialog ini memberi peluang kepada pihak SKMM dan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk berkongsi perancangan yang sedang dan akan diusahakan oleh Kerajaan dalam usaha menambahbaik perkhidmatan internet di seluruh negara khususnya di daerah Bera.
Selesai majlis dialog di Kg. Batu Papan, pihak SKMM meneruskan program ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Puchong bagi taklimat projek di Parlimen Bera yang telah disampaikan oleh Ketua Rangkaian Wilayah Timur TM.
Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Kembali ke Atas