Berita

MAJLIS IFTAR RAMADAN PERSATUAN KETUA KAMPUNG DAERAH BERA BERSAMA-SAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN DAN KESIHATAN NEGERI PAHANG, KETUA JABATAN DAN PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH BERA

editor

BERA, 21 APRIL 2022 - Majlis Iftar Ramadan Persatuan Ketua Kampung Daerah Bera Bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Ketua Jabatan dan Pemimpin Masyarakat Daerah Bera telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis) jam 6.00 petang di Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Bera.

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Ketua Kampung Daerah Bera dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Guai serta Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai berkesempatan menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang Secara One-Off kepada Ketua Pemimpin Masyarakat Felda Tahun 2021 di dalam majlis ini.

Turut hadir bagi majlis ini adalah YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera; Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera atau wakil, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera, Pengerusi-pengerusi JPKK Daerah Bera, dan Persatuan-persatuan NGO.

Majlis ini telah berakhir sekitar jam 8.00 malam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 131 kali.


Kembali ke Atas