Berita

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Pengibaran Jalur Gemilang Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera

editor

BERA, 11 Ogos 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah membuat penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua Ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan dan Badan Berkanun yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Pengibaran Jalur Gemilang Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera.

     Majlis tersebut dilaksanakan secara sederhana dengan mengambil kira norma baharu selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera Bil.01/2020. Turut hadir dan terima penyerahan bendera adalah wakil dari Parlimen Bera, Dato' Sabariah binti Saidan, wakil dari Pejabat  ADUN Guai, Encik Mohd Insan bin Abdul Malek dan wakil dari Pejabat ADUN Kemayan, Encik Azril bin Ramli.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 207 kali.


Kembali ke Atas