Berita
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2021 PERINGKAT NEGERI PAHANG SECARA DALAM TALIAN
BERA, 23 OGOS 2021 - Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang telah diadakan di Pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang pada 23 Ogos 2021 jam 3.00 petang secara dalam talian menerusi Facebook Live Kerajaan Negeri Pahang.
Kehadiran secara fizikal di peringkat daerah Bera telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kehadiran YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan Pegawai-pegawai Kanan PDT Bera. Majlis berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik sesama rakyat Malaysia.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 122 kali.
Kembali ke Atas