Berita
Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia
BERA, 21 NOVEMBER 2021 - Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) telah diadakan pada 21 November 2021 jam 9.00 pagi di Dewan Orang Ramai Kg. Durian Tawar, Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia telah disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Program ini merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Majlis diadakan bertujuan untuk merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang mana sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti.
Pelancaran PEDi telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia dan beliau berkesempatan menyampaikan Sijil Rakan Digital PEDi , Ikon Usahawan dan Panel Penasihat PEDi Kg. Durian Tawar.
YAB Perdana Menteri Malaysia kemudian menandatangani plak pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Durian Tawar dan melawat ke PEDi tersebut.
Program ini telah berakhir sekitar jam 10.30 pagi.
Kembali ke Atas