Berita

Majlis penghargaan dan Makan Malam Serta Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK Tahun 2020 dan Sumbangan Kerajaan Negeri pahang Bagi Daerah Bera

editor

BERA, 1 Feb 2020 - Seramai 19 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung ( JKKK) Daerah Bera yang di adakan di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera pada 31 Januari 2020 yang telah disampaikan oleh Dato' Yang Berhormat Dato' Sri Norol Azali bin Sulaiman, ADUN Kawasan Guai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang.

Turut hadir Pegawai Daerah Bera Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun, ADUN Kawasan Kemayan Dato' YB. Mohd Fadil bin Osman, wakil Ahli Parlimen Bera Dato'Sabariah YH. Dato' Sabariah Binti Haji Saidan dan pegawai-pegawai jabatan dalam Daerah Bera.

Beberapa aktiviti telah diadakan antaranya Majlis Jasamu Dikenang kepada bekas-bekas Pengerusi JKKK dan majlis ramah mesra.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 227 kali.


Kembali ke Atas