Berita
Majlis Penghargaan Sekalung Budi Kepada Petugas-Petugas Banjir Parlimen Bera Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
BERA, 23 JANUARI 2022 - Majlis Penghargaan Sekalung Budi Kepada Petugas-petugas Banjir Parlimen Bera oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada 23 Januari 2022 bermula jam 3.00 petang di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas.
Majlis ini diadakan bagi menghargai petugas-petugas daripada jabatan dan agensi yang telah terlibat dalam penugasan sepanjang bencana banjir di daerah Bera baru-baru ini samada daripada aspek pengurusan dan di lapangan.
Jabatan dan agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rejimen Ke-34 Askar Diraja Kem Bera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Kesihatan Daerah Bera, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Bera, Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pengurusan Air Pahang (PAIP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pertanian Daerah Bera, FELDA Wilayah Mempaga, Sukarelawan JKM Daerah Bera, Penghulu Mukim Triang 1, Penghulu Mukim Bera 1, Penghulu Mukim Triang 2, Penghulu Mukim Bera 2 dan Pengerusi-pengerusi JPKK, JKKB dan JKOA kawasan terlibat bencana banjir.
YAB Perdana Menteri berkesempatan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada ketua-ketua jabatan dan agensi yang terlibat dalam penugasan bencana banjir baru-baru ini.
Turut serta dalam majlis ini adalah YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Ketua-ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bera, dan Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Bera.
Majlis ini telah berakhir sekitar jam 4.30 petang.
Kembali ke Atas