Berita
Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Mahasiswa Bagi Daerah Bera
BERA, 22 SEPTEMBER 2022 – Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang bagi Mahasiswa bagi Daerah Bera telah diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda, Bera.
Ketibaan YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai diiringi En. Muhamad Norillyas bin Hussin, Wakil Pegawai Daerah Bera, En. Azril bin Ramli, Wakil Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan, Dr. Ally Rahman bin Sulaiman, Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Menteri Besar Pahang dan En. Muhammad Zulhafizuddin bin Osman, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang.
Turut hadir bagi majlis ini adalah barisan Pengetua sekolah sekitar Daerah Bera dan Penghulu - Penghulu Mukim di Daerah Bera.
Program ini diadakan untuk membantu mahasiswa dalam bentuk wang ringgit untuk menampung perbelanjaan harian. Seramai 300 orang pelajar mahasiswa di Daerah Bera telah menerima bantuan prihatin one off berjumlah Rm200 sumbangan dari Kerajaan Negeri Pahang.
Kembali ke Atas