Berita

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Dan Bantuan Khas Banjir Monsun Timur Laut Tahun 2021/2022 Daerah Bera Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

editor

BERA, 09 JANUARI 2022 - Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir MTL Tahun 2021/ 2022 Daerah Bera oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada 09 Januari 2022 bermula jam 11.00 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Majlis Penyerahan ini diadakan bagi menyampaikan Bantuan Wang Ihsan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 1,000 dan Bantuan Khas Banjir daripada Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Bantuan ini diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke selain Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mangsa Gelombang Kedua Banjir MTL Tahun 2021/2022.

Turut serta bagi penyerahan bantuan ini adalah YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, YH Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Ketua-ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bera, Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Bera, dan Pengerusi-pengerusi JPKK kawasan terlibat bencana banjir.

Majlis penyerahan ini telah berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 279 kali.


Kembali ke Atas