Berita
Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/2022 Bagi Mangsa Banjir Daerah Bera
BERA, 30 DISEMBER 2021 - Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/ 2022 bagi Daerah Bera telah diadakan pada 30 Disember 2021 bermula jam 10.00 pagi di Dewan Orang Ramai Kg. Durian Tawar.
Majlis Penyerahan ini diadakan bagi menyampaikan Bantuan Wang Ihsan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 1,000 dan Bantuan Khas Banjir daripada Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
Bantuan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai diiringi oleh YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Penyerahan bantuan diteruskan ke Balai Raya Kg. Guai, Dewan Belia Kg. Batu Bor, Dewan Komuniti Kg. Ibam, dan Dewan Orang Ramai Kg. Batu Papan.
Turut serta bagi penyerahan bantuan ini adalah YH Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera, Jurutera Daerah JPS Bera dan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera (APM).
Majlis penyerahan ini telah berakhir sekitar jam 3.30 petang.
Kembali ke Atas