Berita

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/2022 Bagi Mangsa Banjir Daerah Bera

editor

BERA, 01 JANUARI 2022 - Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/ 2022 bagi Daerah Bera telah diadakan pada 01 Januari 2022 bermula jam 10.00 pagi di Masjid Kuala Triang.

Majlis Penyerahan ini diadakan bagi menyampaikan Bantuan Wang Ihsan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 1,000 dan Bantuan Khas Banjir daripada Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Bantuan fasa pertama ini diagihkan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bantuan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai diiringi oleh Encik Yamin Hafiz bin Yusof, mewakili Pegawai Daerah Bera.

Penyerahan bantuan diteruskan ke Dewan Serbaguna Kg. Seberang Guai, Dewan Komuniti Mengkarak dan Dewan SMK Bandar Kerayong.

Turut serta bagi penyerahan bantuan ini adalah Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera, Jurutera Daerah JPS Bera dan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera (APM).

Majlis penyerahan ini telah berakhir sekitar jam 1.30 tengah hari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 110 kali.


Kembali ke Atas