Berita

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/2022 Bagi Mangsa Banjir Daerah Bera

editor

BERA, 02 JANUARI 2022 - Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir Tahun 2021/ 2022 bagi Daerah Bera telah diadakan pada 02 Januari 2022 bermula jam 11.00 pagi di Dewan MCA Triang.

Majlis Penyerahan ini diadakan bagi menyampaikan Bantuan Wang Ihsan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 1,000 dan Bantuan Khas Banjir daripada Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Bantuan fasa pertama ini diagihkan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bantuan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai diiringi oleh Encik Yamin Hafiz bin Yusof, mewakili Pegawai Daerah Bera. Penyerahan bantuan diteruskan ke Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Buntar.

Turut serta bagi penyerahan bantuan ini adalah YH Dato' Haji Tahzir bin Husain, wakil YAB Ahli Parlimen Bera, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera, Jurutera Daerah JPS Bera dan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera (APM).

Majlis penyerahan ini telah berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 140 kali.


Kembali ke Atas