Berita

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEMAYAN, DAERAH BERA

editor

BERA - 02 April 2021, Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Bagi Dewan Undangan Negeri Kemayan, Daerah Bera telah berlangsung pada 02 April 2021 bermula jam 10.00 pagi bertempat di Kampung Dato' Sri Hamzah

RRP adalah projek perumahan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak khususnya golongan B40. Ia juga bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Encik Yamin Hafiz bin Yusof, Penolong Pegawai Daerah Bera diiringi oleh Ketua Balai Polis Kemayan telah menyampaikan penyerahan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dun Kemayan kepada dua orang penerima di Kampung Sri Hamzah iaitu Puan Rafiza binti Mohd Safar dan Encik Saharozi bin Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Triang 1 & Pengerusi JKKK Kampung Dato' Sri Hamzah.

Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 10.45 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 137 kali.


Kembali ke Atas