Berita

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas Aidilfitri 2023/ 1444h Daerah Bera

editor

Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada golongan ibu tunggal, Pengerusi JPKK, Setiausaha JPKK, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin dan Timbalan Pengerusi JKKR di daerah Bera.

 

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera telah menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 ini bersama-sama YB Ahli Dewan Negeri Guai, YB Ahli Dewan Negeri Triang, dan YB Ahli Dewan Negeri Kemayan kepada 639 orang penerima sumbangan.

 

Turut hadir pada majlis ini adalah YB Dato’ Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai; YB Cik Leong Yu Man, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Triang; YB Encik Khaizulnizam bin Mohd Zuldin, Ahli Dewan Negeri Kemayan; Encik Yamin Hafiz bin Yusof, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) mewakili Pegawai Daerah Bera, Ketua-ketua Jabatan Daerah, dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas