Berita

Majlis Perasmian Dan Pelepasan Peserta Rainforest Challenge (RFC) International Grand Final 2022

editor

BERA, 30 Nov 2022 - Majlis Perasmian dan Pelepasan Peserta Rainforest Challenge (RFC) International Grand Final 2022 telah diadakan pada 30 November 2022 (Rabu) jam 11.00 pagi di Laman Kerayong, Bera, Pahang.

Rainforest Challenge International Grand Final 2022 anjuran RFC International merupakan acara pertandingan sukan lasak kenderaan pacuan 4 roda (4x4) peringkat antarabangsa yang disertai oleh peserta dari dalam negara dan luar negara.

YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera telah merasmikan program ini dan membuat pelepasan kepada peserta-peserta yang menuju ke Hutan Padang Golf, Kg. Jelam, Bera untuk memulakan pertandingan.
RFC International Grand Final 2022 ini melibatkan beberapa tempat di dalam daerah Bera antaranya Hutan Padang Golf Kg. Jelam, Hutan Bukit Bertangga, dan kawasan Ulu Bera. Ia dijangka tamat pada 08 Disember 2022.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Luis Ja Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Rainforest Challenge International (RFC); Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah); Yang Berhormat Khairulnizam bin Mohd Zuldin, Ahli Dewan Negeri Kemayan; Supt. Haji Mansor bin Haji Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera; Encik Mohd Muazam Shah bin Abdul Mitalib, Wakil Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Ahmad Ridhuan bin Jang, Presiden Kelab Ekstrem 4x4 Bera; , Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera, dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas