Berita

Majlis Perasmian Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama

editor

BERA, 27 OKT 2022 - Majlis Perasmian Himpunan Keluarga FELDA Teguh Bersama telah diadakan pada 27 Oktober 2022 (Khamis) jam 11.00 pagi di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, Bera, Pahang.

YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah merasmikan Pelancaran Buku Menempa Kejayaan 2022 terbitan FELDA. Beliau juga telah menyampaikan beberapa Anugerah Tokoh FELDA dan Penyampaian Peruntukan Infra kepada 14 buah Rancangan di FELDA Wilayah Mempaga.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; Tan Sri Idris bin Jusoh, Pengerusi FELDA; Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang; Dato' Haji Nazri bin Ngah, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang; Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang; Encik Sulong Jamil bin Mohamad Shariff, Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera dan Pemimpin Masyarakat Setempat.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas