Berita

Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

editor

BERA, 13 MAC 2022 – Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 13 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato' Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato' Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).

Program ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang bertujuan membantu dan memudahkan masyarakat orang asli bagi mendapatkan lesen memandu yang sah. Seramai 400 lebih belia masyarakat orang asli di Daerah Bera telah mendapat manfaat melalui program ini . Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 135 kali.


Kembali ke Atas