Berita
Majlis Perasmian Program Komuniti Keluarga Malaysia "Hogoh Bera 2021" Oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia
BERA, 21 NOVEMBER 2021 - Majlis Perasmian Program Komuniti Keluarga Malaysia "Hogoh Bera 2021" telah diadakan pada 21 November 2021 jam 11.00 pagi di Dewan Serbaguna Felda Kumai, Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Majlis diadakan bertujuan untuk merasmikan Program Komuniti Keluarga Malaysia "Hogoh Bera 2021" yang telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula 20 hingga 21 November 2021 di Felda Kumai.
YAB Perdana Menteri Malaysia berkesempatan menyaksikan perlawanan sukan tarik tali peringkat akhir, persembahan Wau Pungguk dan melawat ke khemah-khemah jualan di Padang Felda Kumai sebelum meneruskan majlis perasmian.
YAB Perdana Menteri Malaysia turut berkesempatan menyampaikan beberapa anugerah dan bantuan kepada para penggiat seni negara.
Program ini telah berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.
Kembali ke Atas