Berita

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOMUNITI KRT TAMAN MERBAU INDAH

editor

BERA, 08 NOVEMBER 2020 - Majlis Perasmian Pusat Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Merbau Indah telah diadakan pada hari ini jam 9.00 pagi bertempat di Taman Merbau Indah, Bera.

Majlis ini berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaan.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Kanan PertahanAN, merangkap Ahli Parlimen Bera YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Turut hadir, Pegawai Daerah Bera Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat setempat.

Majlis perasmian tersebut diakhiri dengan jamuan pagi pada kira-kira jam11.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 245 kali.


Kembali ke Atas