Berita

Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bera

editor

BERA, 10 JUN 2022 - Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera telah diadakan pada 10 Jun 2022 (Jumaat) jam 2.00 petang di Rest House Bera, Pahang anjuran Pejabat Parlimen Bera.

YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bera berkesempatan meluangkan masa beliau ke majlis ini sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Fikri, Daerah Bera untuk beramah mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis ini adalah YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai; YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 192 kali.


Kembali ke Atas