Berita

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera Tahun 2022

editor

BERA, 07 MEI 2022 - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera telah diadakan pada 07 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Laman Kerayong Bera, Pahang.

Majlis ini merupakan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bera setelah 2 tahun majlis seumpama ini tidak dilaksanakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Dianggarkan lebih kurang seramai 40,000 orang tetamu telah hadir ke majlis ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di daerah Bera.

YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bera berkesempatan meluangkan masa beliau ke majlis ini bermula jam 9.30 pagi untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama masyarakat setempat di daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis ini adalah YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau; YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Ketua-ketua Jabatan Daerah Bera, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 130 kali.


Kembali ke Atas