Berita
Majlis Sambutan Hari Ibu Dan Hari Keluarga Antarabangsa Sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera
BERA, 20 MEI 2023 - Majlis Sambutan Hari Ibu dan Hari Keluarga Antarabangsa Sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera telah diadakan pada 20 Mei 2023 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi di Dewan Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.
Majlis ini merupakan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Ibu dan Hari Keluarga Antarabangsa. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan bagi program ini seperti saringan kesejahteraan (saringan kesihatan, pendaftaran subsidi mamogram, pendaftaran Cakna Suri, dan khidmat perancang keluarga), perkhidmatan pengurusan tekanan dan emosi keluarga, perkhidmatan KafeTEEN, bual bicara, dan pameran agensi.
YB Dato’ Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai telah merasmikan majlis ini dan beliau telah menyampaikan sumbangan Bakul Kasih kepada 5 orang penerima.
Turut hadir pada majlis ini adalah YH. Dato’ Zaman Azam bin Mohamad Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera; Encik Jimbau Munggat, Pengarah LPPKN Negeri Pahang; Superintendent Zulkifli bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera; Ketua-ketua Jabatan Daerah, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bera, dan Pengerusi JPKK Daerah Bera.
Majlis ini telah berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.
Kembali ke Atas