Berita

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke - 65 Tahun 2022 Peringkat Daerah Bera

editor

BERA, 31 Ogos 2022 - Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke - 65 Tahun 2022 Peringkat Daerah Bera telah diadakan pada di Padang Awam, Majlis Daerah Bera seawal jam 7.30 pagi.

YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang telah merasmikan majlis tersebut dengan pelepasan burung merpati sebagai simbolik bebas merdeka.

Turut hadir bagi majlis ini adalah Ketua Jabatan, Wakil - wakil parti pimpinan masyarakat, Pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Penghulu - Penghulu Mukim di Daerah Bera dan Veteran Angkatan Tentera dan Pesara Polis.

Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan ini telah disertai seramai 730 orang daripada 24 agensi di Daerah Bera yang diketuai oleh Mejar Mohd Rafeein bin Abdullah dari Rejimen Ke-34 Artileri Diraja, Kem Bera, Pahang.

Turut memeriahkan majlis pada hari tersebut adalah Kumpulan Pancaragam daripada SMK Triang, Persembahan Tarian Kebudayaan oleh pelajar SMK Triang, Persembahan Silat daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Cawangan Bera dan Nyanyian Lagu "Tanggal 31" oleh 11 pelajar SK Kerayong Jaya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 129 kali.


Kembali ke Atas