Berita
Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera di empat buat lokasi
BERA, 11 Mac 2021 - Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera telah berlangsung pada 11 Mac 2021 bermula jam 2.30 petang bertempat di empat buah lokasi iaitu Dewan Orang Ramai Kg. Seberang Guai, Masjid Kuala Triang, Pusat Komuniti Kg. Batu Papan Tengah dan Perpustakaan Kg. Batu Papan.
Majlis ini diadakan bagi pemberian sumbangan bantuan khas banjir Kerajaan Negeri Pahang kepada penduduk di kawasan Kampung Seberang Guai, Kuala Triang, Batu Papan Tengah dan Batu Papan yang telah terkesan akibat bencana banjir pada awal tahun baru-baru ini.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang Merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai.
Majlis turut dihadiri oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan DSP Tuan Haji Mansor bin Haji Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera. Tetamu jemputan terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Banjir Daerah Bera, Penghulu-penghulu di Daerah Bera, Pengerusi JKKK Seberang Guai, Pengerusi JKKK Kuala Triang, Pengerusi JKKK Batu Papan Tengah, dan Pengerusi JKKK Batu Papan.
Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 5.30 petang.
Kembali ke Atas