Berita
Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera di lima buah lokasi.
BERA, 12 Mac 2021 - Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera telah berlangsung pada 12 Mac 2021 bermula jam 9.00 pagi bertempat di lima buah lokasi iaitu Balai Raya Kg. Guai, Balai Raya Kg. Charuk Puting, Balai Raya Kg. Batu Bor, Masjid Kuala Bera, dan Pusat Komuniti Kg. Ibam.
Majlis ini diadakan bagi pemberian sumbangan bantuan khas banjir Kerajaan Negeri Pahang kepada penduduk di kawasan Kampung Guai, Charuk Puting, Batu Bor, Kuala Bera dan Kg. Ibam yang telah terkesan akibat bencana banjir pada awal tahun baru-baru ini.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang Merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai.
Majlis turut dihadiri oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera dan Ir. Haji Mohd Faizarudin bin Mohd Noor, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Bera. Tetamu jemputan terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Banjir Daerah Bera, Penghulu-penghulu di Daerah Bera, Pengerusi JKKK Guai, Setiausaha JKKK Charuk Puting, Pengerusi JKKK Batu Bor, Pengerusi JKKK Kuala Bera dan Batin Kg. Orang Asli Ibam.
YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman turut berkesempatan menyampaikan penyerahan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) DUN Guai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bohor Baru bagi penerima di Kampung Bohor Baru iaitu En. Nasaruddin bin Othman.
Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.
Kembali ke Atas