Berita
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab (D'LORA)
BERA, 18 Jan - Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bera (D'LORA) Pahang Kali ke- 6 Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. seramai 93 ahli kelab telah hadir bagi mesyuarat kali ini.Turut hadir, Penaung Kelab D'LORA iaitu Dato' Razihan bin Adzharuddin, DIMP dan beberapa pegawai kanan. Pelbagai aktiviti dan agenda telah dibincangkan antaranya acara penyampaian cenderahati diberikan kepada semua ahli kelab D'LORA sebagai tanda penghargaan ahli kelab. Mesyuarat berakhir dengan jamuan pada jam 12.15 tengah hari.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 140 kali.
Kembali ke Atas