Berita
Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO) Felda Tembangau
BERA, 07 Jun 2021 - YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera bersama pasukan keselamatan dan jabatan teknikal telah mengadakan lawatan bagi melihat pelaksanaan Sekatan Jalan Raya di daerah Bera.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bera telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO) bagi kawasan Felda Tembangau. Pelaksanaan ini bermula hari ini iaitu pada 7 Jun 2021 bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di daerah Bera. Orang awam diminta untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan SOP semasa agar kita sama-sama dapat menghapuskan wabak COVID-19.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 144 kali.
Kembali ke Atas