Berita
Program Bantuan Prihatin COVID-Raya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
BERA, 07 Mei 2021-Program Bantuan Prihatin Covid-Raya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah berlangsung pada 07 Mei 2021 jam 11.30 pagi bertempat di Kampung Mengkarak.
Program ini merupakan pemberian bantuan kepada penduduk miskin/golongan B40/ rumah yatim di kawasan LKW Bubar khususnya yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 dan persediaan menyambut Hari Raya Aildifitri.
YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai telah menyampaikan Bantuan Prihatin Covid-Raya KPLB kepada 5 orang keluarga. Program ini turut dihadiri Encik Isma Masri bin Ismail, Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan) Pejabat Kementerian Luar Bandar Negeri Pahang, Encik Yamin Hafiz bin Yusof, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai KEMAS Daerah Bera dan Pengerusi JKKK Kampung Mengkarak.
Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
Kembali ke Atas