Berita
Program Bantuan Ziarah Prihatin House Surveillance Order (HSO) COVID-19
BERA , 03 Jun 2021- Program Bantuan Ziarah House Surveillance Order (HSO) COVID-19 telah berlangsung pada 03 Jun 2021 jam 2.30 petang bertempat di 5 buah kampung iaitu Felda Kumai, Felda Purun, Kampung Kuala Triang, Kubang Panjang dan Kampung Jelam.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat negeri Pahang yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tambahan juga, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu atau keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah setelah menjalani ujian saringan COVID-19. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan bekalan makanan.
YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai telah menyampaikan Bantuan Ziarah Prihatin House Surveillance Order (HSO) COVID-19 kepada individu atau keluarga yang menjalani kuarantin di rumah.
Program ini turut dihadiri Puan Nu Ainni binti Jaafar, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Encik Mohammad Fahmi bin Mohd Fikri, Penolong Pegawai Daerah (Teknikal/Hasil), Encik Khalid bin Abu Hanifah, Penghulu Mukim Triang 2, dan Encik Wan Ahmad Fakharuddin bin Wan Kamaludin, Penghulu Mukim Bera 2. Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 6.30 petang.
Kembali ke Atas