Berita
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 (OUTREACH) DAERAH BERA
BERA, 26 Julai 2021 – Program Imunisasi COVID-19 (Outreach) Daerah Bera telah dilaksanakan di 3 buah lokasi iaitu Dewan Semai Bakti Felda Bukit Kepayang, Dewan SJK(C) Kemayan dan Dewan Kampung Batu Papan.
Program ini telah mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar Felda Bukit Kepayang, Kemayan dan Kampung Batu Papan.
Orang awam yang masih belum mendaftar vaksin COVID-19 boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau layari laman web vaksincovid.gov.my.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 129 kali.
Kembali ke Atas