Berita

Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

editor

BERA, 13 MAC 2022 – Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia telah diadakan pada 13 Mac 2022 jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis ini adalah YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Aizuddin bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program ini mensasarkan seramai 50000 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT awam serta swasta. Antara Universiti yang turut serta dalam program ini adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), POLISAS, Universiti Antarabangsa UNITAR, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan KPTM Kuantan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 160 kali.


Kembali ke Atas