Berita
PROGRAM PAHANG HIKING DAY 2022 PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI DAERAH BERA
BERA, 20 MAC 2022 - Program Pahang Hiking Day 2022 Peringkat Negeri Pahang bagi Daerah Bera telah diadakan pada 20 Mac 2022 bermula jam 7.00 pagi di Bukit Senorang, Kemayan, Bera. Pahang Hiking Day 2022 merupakan program anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama setiap Pejabat Daerah dan Tanah yang diadakan secara serentak di 13 lokasi di seluruh negeri Pahang .
Program Pahang Hiking Day 2022 bagi Daerah Bera telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai. Beliau berkesempatan untuk membuat pelepasan kepada 100 orang peserta program dan turut mendaki sehingga ke puncak Bukit Senorang yang berketinggian 326 meter.
Turut serta dalam program ini adalah, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, YDH Superintendan Haji Mansor bin Haji Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera, Encik Azril bin Ramli, wakil YB Ahli Dewan Negeri Kemayan, Ketua-ketua Jabatan Jawatankuasa Program, dan Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Bera.
Program ini merupakan pendakian yang diadakan secara santai bagi menggalakkan aktiviti sihat di kalangan rakyat di samping mempromosikan Bukit Senorang sebagai salah satu kawasan tarikan pelancongan di daerah Bera. Program ini telah berakhir sekitar jam 10.00 pagi.
Kembali ke Atas