Berita

Program Pendakian Merdeka 2022

editor

BERA, 28 OGOS 2022 - Program Pendakian Merdeka 2022 telah diadakan di Bukit Senorang, Kemayan, Bera bermula jam 6.30 pagi. Program ini merupakan salah satu acara pengisian bulan kemerdekaan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera yang melibatkan semua jabatan di Daerah Bera.

Program Pendakian Merdeka 2022 ini telah dirasmikan oleh YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera. Turut hadir Encik Azril bin Ramli, wakil YB Ahli Dewan Negeri Kemayan, Wakil - Wakil Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dan Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Bera.

Program ini merupakan pendakian yang diadakan secara santai bagi Sambutan Hari Kemerdekaan serta menggalakkan aktiviti sihat di kalangan rakyat di samping mempromosikan Bukit Senorang sebagai salah satu kawasan tarikan pelancongan di daerah Bera. Program ini telah berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas