Berita
Program Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera
BERA, 17 Dis - Perhimpunan yang dikelokakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ini telah diadakan serentak di setiap daerah di negeri ini bermula pada jam 8:00 pagi.
Yang Hormat Dato' Razihan bin Adzharuddin selaku Pegawai Daerah Bera telah menerajui program ini bagi Peringkat Daerah Bera bersama-sama Ketua - ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan serta Kakitangan Jabatan Daerah Bera. Program berkenaan telah diadakan di Dewan Seri Kempas, Kuarters IPD Bera
Sebelum mendengar ucapan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang disiarkan secara lintas langsung menerusi laman Facebook (FB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, program terlebih dahulu dimulai dengan acara nyayian iaitu nyanyian Lagu ‘Negaraku’, Lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’ dan Lagu ‘Perkhidmatan Awam’. Acara seterusnya adalah bacaan doa oleh Pegawai Agama Islam Negeri Pahang yang diikuti oleh semua peserta yang beragama Islam.
Kembali ke Atas