Berita
Program Projek Jiwa Murni Sempena Hari Tentera Darat Ke-88
BERA, 06 Mac 2021 - Program Projek Jiwa Murni Sempena Hari Tentera Darat Ke-88 telah berlangsung pada 06 Mac 2021 jam 11.30 pagi bertempat di Kuala Triang.
Program dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera.
Angkatan Tentera Malaysia akan membantu membina rumah rakyat miskin yang mana dengan projek sebegini membuktikan tentera sangat dekat dgn masyarakat. YB Menteri turut melawat rumah penerima yg rosak akibat banjir pada awal tahun baru-baru ini.
Program telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 136 kali.
Kembali ke Atas