Berita
PROGRAM SAMBUTAN JUBLI EMAS PERKESO DENGAN KERJASAMA PEJABAT DAERAH DAN TANH BERA SERTA PUSAT KHIDMAT RAKYAT ADUN GUAI
BERA, 01 OKTOBER 2021 - Program Sambutan Jubli Emas PERKESO dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta Pusat Khidmat Rakyat ADUN Guai telah diadakan 01 Oktober 2021 bermula jam 9.30 pagi di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Bera.
Program dimulakan dengan Taklimat PERKESO iaitu Sesi Libat Urus Pekerja Asing Secara Atas Talian dan Promosi Skim Pekerjaan Sendiri Secara Bersemuka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera serta Encik Tarmizi bin Mokhtar, Pengarah PERKESO Negeri Pahang.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah sesi temuduga terbuka bersama majikan, Myfuture jobs/ kaunseling kerjaya, pameran PERKESO dan pameran agensi kerajaan atau NGO.
Majikan-majikan yang telah terlibat bagi sesi temuduga terbuka adalah Akla Services Sdn Bhd, KHK Plantation Group, FELCRA Berhad (Kawasan Kerdau), 99 Speedmart, Econsave, Levak Makmur Sdn Bhd, Mentakab Veneer & Plywood Sdn Bhd, COWAY Malaysia Sdn Bhd (Haris Group), Suria Excellence Travel & Tours Sdn Bhd, dan Restoran D'Limau Nipis.
Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Kembali ke Atas