Berita

Program Vaksinasi COVID -19 Fasa 1 Daerah Bera

editor

BERA, 01 MAC 2021 - Program Vaksinasi COVID -19 Fasa 1 telah bermula pada 01 Mac 2021 jam 2.30 petang bertempat di Klinik Kesihatan Padang Luas, Daerah Bera kepada para petugas barisan hadapan kesihatan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para penerima vaksin dan penyampaian taklimat oleh Dr. Viknaswaran Kumaran, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padang Luas. Seramai 18 orang kakitangan kesihatan dari pelbagai klinik kesihatan di Daerah Bera telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Padang Luas pada hari ini.

Pemberian vaksin COVID-19 Fasa 1 ini juga telah dilaksanakan di Klinik Kesihatan Triang dan Klinik Kesihatan Purun.

Program telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kakitangan kesihatan bergambar kenangan bersama setelah selesai program tersebut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 356 kali.


Kembali ke Atas